Sabtu, 26 Jun 2010

bilalah anak ayam boleh masuk

sekarang pekerja bangun tidur saja doc yg di tunggu belum tiba2. reban dah siap sedia dari 21hb jun lagi. syukur pusingan lepas untung boleh lah bayar gaji budak2.

Isnin, 26 April 2010

anak ayam baru masuk

pada 22 april anak ayam baru masuk 2 reban , baka ross dari khim seng melaka.
pada 26 masuk lagi anak ayam TD satu reban , tapi reban bidan terjun pasal last minit diberitahu nak masukkan ayam, keran ikut jadual asal masuk 29 ni .
alhamdullilah semua berjalan dengan selamat walaupun hujan turun dari awal pagi hingga ke malam ini.

Sabtu, 10 April 2010

8/4/2010

ayam habis keluar, mortality rate 7.5%. average weight 2.2kg. rugi RM 14K++.
cubaan. nasib baik duit insentif masuk hari ni.
dalam duka ada rahmatnya.

bila lah boleh jumpa kontraktor pasang paip air SATU ni.

Rabu, 7 April 2010

dacing gila

semalam aku jumpa gm intergrator aku. dia cakap customer marah aku timbang x betul.
lari banyak dari berat yang sebenar. apaker hal ni pulak????
tak kan lah aku buat kerja2 mengarut cam tu, nak niaga sehari jer ker??

dacing tu aku ambik kat pondok jaga, aku kira no problem lah mana aku tahu dacing rosak.
tanya sales officer dia kata baru gi antor kedai. dia orang calibrated x??

last aku suruh budak2 timbang makanan ayam yg ada...
jawapan nya 51.++kg dan 52.++kg.
ni siapa yg nak tanggung jawab.

ari ni ambik dacing baru berat ayam 40 hari purata berat 2.12kg jer....
pening2....

Khamis, 1 April 2010

30 dan 31 Mac 2010

ayam aku makan banyak tapi tak berat!!!!!
berat ayam aku cuma 2.34kg average. fcr pula 1.92
untuk hari ke 40 dan 41.
ada apa2 cadangan untuk aku?

Ahad, 28 Mac 2010

28/3/2010

hari ni ayam dah cukup umur 38 hari.
petang nanti angkut keluar 2 lori.
harap2 berat ayam ku ikut standard makanan.